
Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr. Siti Mariah binti Mahmud pada tahun 2018 dengan tujuan untuk:
Memperkasa barisan ibubapa dan penjaga, golongan pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan yang menyantuni anakanak istimewa di Selangor.
Memberdayakan para anak istimewa, ibu bapa dan penjaga, serta warga pendidik dalam mendepani cabaran dengan lebih cakna dan mampan.
Diperbadankan pada 27 Mac 2025 sebagai sebuah anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, YANIS mengambil alih sepenuhnya operasi Jabatan ANIS daripada Yayasan Warisan Anak Selangor atau YAWAS bermula 1 Ogos 2025.
Dirasmikan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor pada bulan yang sama, naungan diraja ini memperkukuhkan lagi tumpuan kepada 4 teras utama:

Memperkasa golongan OKU melalui latihan kemahiran dan pembangunan diri.

Meningkatkan kebolehpasaran kerja dan keusahawanan dengan daya saing tinggi dalam kalangan OKU.

Menjamin kemandirian dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan pihak lain.

Mewujudkan komuniti yang ihsan dan inklusif bagi menyokong ekosistem yang lestari bagi golongan OKU.
