![]() |
Pusat ANIS
|
Objektif Utama adalah:
Membantu meringankan beban dengan menyediakan perkhidmatan intervensi awal bagi kanak-kanak istimewa kelahiran Negeri Selangor.
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid bekeperluan khas seiring dengan perkembangan murid.
Memberdaya golongan ibu bapa dengan ilmu bagi memastikan kemenjadian Anak Istimewa.
Membantu ibu bapa melibatkan diri bersama rangkaian kumpulan sokongan Anak Istimewa.
Membina penanda aras kepada pengusaha-pengusaha tadika khusus di Negeri Selangor dalam menyediakan fasiliti pendidikan bagi murid bekeperluan khas.

Ibubapa perlu mendaftar dan mengisi borang di laman web www.anisselangor.com/pusatanis dan memberikan dokumen yang diperlukan.
Para peserta yang layak akan menerima panggilan dan hadir pada hari taklimat yang ditetapkan oleh Pusat ANIS.
Pusat ANIS akan beroperasi seperti berikut:
| Hari | Sesi | Masa | Perkhidmatan |
| Isnin - Khamis | 1 | 8:30 Pagi - 10:30 Pagi | Pusat Intervensi Awal ANIS |
| 2 | 11:00 Pagi - 1 Petang | ||
| 3 | 2:30 Petang - 4:30 Petang |
Ringkasan Sesi Intervensi Awal Pusat ANIS:
Setiap peserta akan menjalani sesi sebanyak seminggu sekali dan tempoh masa bagi setiap sesi ialah selama 2 jam. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.
Tempoh masa yang diperuntukkan kepada pemohon yang berjaya untuk menjalani sesi intervensi awal ialah selama 12 bulan sahaja.
| Hari | Sesi | Masa | Perkhidmatan |
| Isnin - Khamis | 1 | 8:30 Pagi - 12:30 Tengah Hari | Pusat Prasekolah ANIS |
| 2 | 1:30 Petang - 5:30 Petang |
Ringkasan Sesi Sesi Prasekolah ANIS:
Setiap peserta akan mengikuti kelas 4 hari seminggu dan tempoh masa bagi setiap hari ialah selama 4 jam. Setiap sesi peserta akan diatur oleh pihak Pusat ANIS.
Pusat Prasekolah ANIS tidak menyediakan pusat jagaan bagi pelajar yang diterima ke Program Prasekolah ANIS.
Kadar yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:
| Unit | Kutipan Yuran Bulanan |
| Intervensi | RM 70 / Murid |
| Transisi | RM 110 / Murid |
| Prasekolah | RM 150 / Murid |
Sepanjang di bawah seliaan Pusat ANIS peserta akan mendapat laporan lengkap prestasi semasa pada pertengahan dan penghujung tahun sesi.
Warganegara Malaysia.
Terbuka kepada semua Kanak-Kanak Istimewa di Negeri Selangor bagi kategori Kurang Upaya Pembelajaran (Autisme, ADHD, Global Developmental Delay dan Down Syndrome) yang berumur antara 4 – 6 tahun.
Memiliki Diagnosis dari doktor yang bertauliah.
Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40.
Ibu/bapa/penjaga merupakan pengundi di Negeri Selangor.
Ibu bapa boleh memberi komitmen yang tinggi sepanjang anak berada di Pusat ANIS.
Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.
Bagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon.
Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Ahli Parlimen / Senator.
ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN.
Penghulu / Ketua Kampung.
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok.
Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti.
Sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai anak OKU lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Ibu / Bapa)
Salinan Sijil Kelahiran Anak
Salinan Kad OKU atau Salinan Diagnosis dari doktor yang bertauliah
Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. Sila sertakan Surat Pengesahan Pendapatan jika tiada slip gaji
Salinan slip Semakan Daftar Pemilih SPR didapatkan di www.pengundi.spr.gov.my untuk Ibu / Bapa.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/pusatanis
Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
Penghantaran melalui emel di intervensianis@gmail.com ; ATAU
Hantar ke pejabat Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) di alamat:
Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
Yayasan Warisan Anak Selangor
Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
/ 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)
Modus Operandi Permohonan Intervensi ANIS

Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan.
Jawapan: Tidak boleh. Anak mestilah berumur 2 hingga 6 tahun.
Jawapan: Tidak boleh. Yang layak memohon adalah dari kategori OKU Pembelajaran yang tertentu seperti Autisme, ADHD, Global Develepomental Delay dan Down Syndrome.
Jawapan: Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS ingin menerima semua jenis OKU yang memerlukan intervensi awal. walaubagaimanapun untuk permulaan, berdasarkan kapasiti semasa Pusat ANIS dapat menerima sebahagian jenis OKU Pembelajaran sahaja.
Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anisselangor.com/intervensianis . Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
Jawapan: Permohonan boleh diemelkan ke intervensianis@gmail.com
Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
Jawapan: Tidak boleh. Pemohon mestilah sedang menetap di Selangor sahaja.
Jawapan: Layak.
Jawapan: Boleh, tetapi pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.
Jawapan: Tidak boleh. Salah seorang dari ibubapa mestilah pengundi di Negeri Selangor.
Jawapan: Tidak. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.